Saturday, 29 March 2014

            AKU AKAN MEMANCING DAN TERUS MEMANCING SAMPAI IKAN HABIS

                   بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

nama saya HELMI BIN BAHKIAR , tujuan saya buat blog ni  ialah untuk menunjukkan kepada semua orang akan minat saya terhadap aktiviti memancing. Dan saya juga ingin menghuraikan pada pembaca kenapa saya minat memancing. Ok , ramai orang cakap ngail (memancing) ni bosan gilerr . YUP memang bosan !. paling bosan kalau memancing sehari suntuk tetapi hampeh sekor ikan pun xlekat. Saya dahulu bukanlah kaki ngail pun , bahkan saya kutuk orang yang ngail ikan ," apa lah dop melangok depan joran, dah macam takde kerja lain yang berfaedah je nak dibuatnya ." sebab apa? sebab saya mat motor.. memancing ni bukan kena dengan jiwa mat remit (tak semua). tapi bila dapat peluang memancing , saya cuba lah juga, nak juga rasa apa yang best sangat ngail ikan ni. 


sebelum tu biar saya bagi intro pasal memancing..
  1. first kne ada KEKILI (reel)
  2. kne ada joran (rod)
  3. dan tali tangsi.
  4. pekakas pula kne sentiasa ada cili (clips) , batu ladung (pkai plug moto pun xpe) , dan mata kail.
  5. untuk buka ikan atau kemaskan ikatan kena pula ada playar (cutter atau gunting , tapi bgus kalau ada playar.. boleh cabut mata kail dari mulut ikan).
  6. kalau mancing tasik atau kawasan tanang kebiasaannya wajib ada pelampung.. tapi jika kaki pancing laut , tong ikan tu wajib hehe.


         Matakail memang digunakan untuk cangkuk umpan dan ia juga senjata kita.. Jadi pemilihan matakail biarlah yang berkualiti..matakail juga mempunyai saiz.. Terpulang pada kita ingin menangkap ikan bersaiz besar atau kecil, Kebiasaannya saya gunakan saiz 10 paling kecil dan 6 paling besar. Umpan mestilah kena ada kan.. ikan puna da juga makan febret diorang. Saya lebih gemar mancing di muara berbanding sungai atau tasik , Umpan ruat adalah yang paling popular. Ikan yang paling minat ruat ialah ikan TEBAL PIPI. Ikan selayang tak kurang jua hebatnya , kebiasaannya saya dapat ikan DURI BAGOK (spiesis ikan duri yang besar) bila guna ikan selayang. Udang pula lebih kepada ikan karang seperti ikan JENAHAK . Dan sotong ,sotong adalah febret ikan KERAPU.







Bagi saya , memancing bukan sahaja memuaskan bahkan menenangkan jiwa. kebiasaannya saya mula memancing pada lepas asar dan terus hingga ke esok pagi. Jadi saya akan mencari rakit yang lengkap sekurang kurangnya disediakan tandas , bilik tidur dan lebih elok jika ada dapur..





kalau dah hobi memancing .. orang lain tengok gadjet rambang mata tapi bagi yang kaki mancing tengok peralatan memancing macam ni boleh naik gila dibuatnya hehehe.. ini lah hobi saya jika nak dibandigkan dengan kebanyakan remaja zaman sekarang yang 24/7 menghadap laptop, dan handphone , facebook , instagram dan sebagainya.. saya lebih minat membeli alatan pancing.





_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________




ni admin.. activiti memancing memang dah sebati dah dengan diri . xpayah beli ikan kat pasar , hasil memancing sahaja dah cukup untuk buat stok makan 1 minggu huhuhu. Akhir kata dari saya , memancing boleh dijadikan hobi baharu kepada remaja2 luar sana. dari kita duduk rumah > kerja > tidur. lebih elok jika ada masa terluang kita pergi memancing, dapat juga ikan ( kalau tak dapat ikan langsung tu jangan lah kecundang, laut ni luas dan misteri. Kita tak tahu apa akan kita dapat tapi kita tahu apa yang kita buat ).




saya memancing di area johor, kota tinggi . bagi sesiapa yang inginkan senarai rumah rakit untuk memancing, ini saya sertakan  nama dan nombor telefon owner rumah rakit. boleh juga jika anda ingin memancing menaiki bot. sekian dari saya HELMI BAHKIAR ( 0197140462 ) saya mohon maaf jika ada terkasa bahasa , terlukakan hati atau apa2 sahaja.. asalamualaikum